Penurunan al-Quran


NAMA : NOR HANIS ATHHAR BINTI HUSIM
NO. MATRIK : 4142
 
PENURUNAN AL-QURAN

Ulama’ berselisih pendapat mengenai peringkat penurunan Al-Quran. Kebanyakan ulama’ antaranya Imam al-Dzarkasyi dan Iman Ibnu Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa al-Quran diturunkan dalam tiga peringkat, huraiannya seperti berikut;
1)Penurunan pertama iaitu dari sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala ke Luh Mahfuz            
 iaitu diturunkan secara jumlah.  Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Buruj ayat 21-22
Bahkan (yang mereka dustakan itu) ialah al-Quran yang mulia yang tersimpan di Luh Mahfuz “
    Ayat di atas menunjukkan bahawa al-Quran itu tersimpan di Luh Mahfuz. Allah Ta’ala memerintahkan Qalam menulisnya sebelum mencipta sekalian makhlukNya. Keadaan al-Quran di Luh Mahfuz tidak diketahui kecuali Allah Ta’ala. Kita sebagai makhlukNya tidak harus dan tidak layak bertanya: Bagaimana ia berlaku? Macam mana ia terjadi? Bagaimana permulaannya? Dan sebagainya kerana perkara tersebut termasuk dalam perkara sam’iyat yang wajib diyakini dan diimani oleh setiap manusia.
HIKMAH YANG PERTAMA
·        Menunjukkan keagungan Allah, qudrat, ilmu dan iradat serta betapa luasnya kuasa Allah.
·        Setiap yang terjadi adalah ketentuan dan qada’ dan qadar dari Allah Ta’ala.
·        Akan bertambahlah iman seseorang andai seseorang hamba mengetahui hikmah di sebalik setiap kejadian yang Allah tentukan.
·        Apabila seseorang hamba mengetahui yang setiap kejadian adalah takdir dari Allah maka secara automatiknya hatinya akan segera menjadi tenang dan tabah dalam menghadapi setiap ujian yang di berikan Allah.
  
2) Penurunan kedua iaitu dari luh mahfuzh ke Bait al-‘Izzah di langit dunia. Ia diturunkan secara serentak pada malam al-qadar (lailatul qadr) iaitu pada bulan Ramadhan. Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah: ayat 185



“ Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk dan pembeza (antara yang hak dengan yang batil). Kerana itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu maka hendaklah ia berpuasa dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka) maka (wajiblahbaginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya iti pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepada kamu, supaya kamu bersyukur”
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Dukhan: ayat 3
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam yang penuh keberkatan. Sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan”
Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Qadr : ayat 1
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr (lailatul qadar)”
Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas raduallahu ‘anh bahawa beliau pernah berkata 
“Diturunkan akan al-Quran itu pada malam al-Qadr dalam bulan Ramadhan ke langit dunia secara sekali gus”

HIKMAH YANG KEDUA
·        Memperkukuhkan perkara-perkara yang terjadi pada al-Quran
·        Menunjukkan keagungan serta kemuliaan al-Quran
·        Menunjukkan al-Quran berbeza debngan kitab-kitab yang lain.

3) Penurunan ketiga iaitu dari Bait al-‘Izzah di langit dunia ke dalam dada Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam. Ia diturunkan secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun (22 tahun-2 bulan-22hari). Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Furqan: ayat 32
“ Dan berkatalah orang-orang kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) secara serentak?. Yang demikian itu (beransur-ansur) supaya Kami perkuatkan hatimu dengannya dan Kami membacakannya (al-Quran) secara tartil”
Dan firman Allah Ta’ala dalam surah al-Isra’ : ayat 106
Dan al-Quran itu telah Kami turunkan secara beransur-ansur agar kamu membacakannya kepada manusia secara-perlahan-lahan dan Kami menurunkannya sedikit demi sedikit”

Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah Nabi Allah pertama yang pertama yang menerima wahyu daripada Penciptanya bahkan para nabi sebelumnya turut diberikan wahyu kepada mereka. Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa’ : ayat 163 – 164
Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu sebagaimana Kami telah meberikan wahyu kepada Nuh dan nabi-nabi yang kemudiannya, dan Kami telah memberikan wahyu (pula) kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya’qub dan anak cucunya, Isa, Ayyub, Yunus, Harun dan Sulaiman dan Kami berikan Zabur kepada Daud”

    Ulama’ mengatakan bahawa terdapat pelbagai cara penurunan wahyu kepada Rasulullah S.A.W. Antara cara-cara tersebut adalah seperti berikut;
1) Jibrail ‘alaihis salam memasukkannya ke dalam hati Nabi S.A.W akan tetapi Baginda S.A.W tidak melihat wajah Jibrail as.
2) Jibrail as menampakkan dirinya kepada Nabi S.A.W dengan rupa seorang lelaki dan berkata-kata dengan Baginda S.A.W.
3) Jibrail as memperlihatkan dirinya kepada Nabi S.A.W dengan wajah yang sebenar.
4) Wahyu datang seperti loceng. Inilah cara yang paling berat yang dirasakan oleh Rasulullah S.A.W sehinggakan Baginda berpeluh menghadapinya.

HIKMAH PENURUNAN AL-QURAN SECARA BERANSUR-ANSUR
    Ulama’ mengatakan bahawa terdapat beberapa hikmah al-Quran itu diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah S.A.W antaranya seperti berikut:
·        Memperkuatkan hati Baginda S.A.W dalam menghadapi pelbagai masalah dan urusan dengan wahyu (mukjizat) yang berterusan.
·        Memudahkan Baginda S.A.W dan umat Islam menghafaznya serta senang untuk diamalkan isi kandungannya yang mengandungi pelbagai hukum dan tuntutan.
·        Beransur-ansur dalam mendidik dan mentarbiah umat Islam yang semakin bertambah serta dapat menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan mereka.
·        Bersesuaian dengan kehendak Allah Ta’ala yang menjadikan setengah daripada ayat-ayat al-Quran itu sebagai pembatal (nasikh) kepada ayat yang lain (mansukh).
·        Menunjukkan kemuliaan al-Quran yang datang dari sisi Allah Ta’ala kepada hambaNya yang mulia lagi terpuji Muhammad S.A.W..

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
1 Response
  1. video penjelasan mengenai penurunan Al-quran

    http://www.youtube.com/watch?v=jysEE2MJK5s&feature=plcp