NAMA: SITI NURUL HUSNA BINTI OTHMAN
NO. MATRIK: 4362
PENGERTIAN MAKKI DAN MADANI
NO. MATRIK: 4362
PENGERTIAN MAKKI DAN MADANI
Secara umum, Makki dan Madani ialah ilmu yang membicarakan tentang ayat-ayat serta surah-surah yang diturunkan di Mekah dan di Madinah serta sekitarnya.
Secara khusus,ulama’ berbeza pendapat. Oleh itu, ulama’ membahagikannya kepada tiga bahagian:
· Masa
· Tempat
· Tumpuan penurunan
v Bagi golongan yang mementingkan tempat mereka mengistilahkan ayat Makki sebagai ayat-ayat yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda berada di Mekah dan kawasan sekitarnya seperti Mina, Arafah dan Hudaibiyah walaupun sesudah hijrah. Sementara ayat Madani ialah ayat-ayat yang diterima oleh Nabi Muhammad s.a.w di Mdinah dan kawasan sekitarnya seperti ayat yang turun di Badar dan juga di Uhud.
v Ada juga yang melihat dari aspek ayat yang diturunkan itu sendiri. Bagi mereka ayat-ayat Makki ialah ayat-ayat yang diturunkan untuk penduduk Mekah yang dikenali dengan permulaan ayatnya yang menyebut “Wahai sekalian manusia” dan “Wahai Bani Adam..”. Sementara ayat-ayat Madani ialah ayat-ayat yang diturunkan khusus untuk penduduk Madinah dengan dimulakan ayat yang menyebut “Wahai orang-orang yang beriman…”.
v Bagi mereka yang merujuk kepada soal masa akan mengistilahkan ayat-ayat Makki sebagai ayat-ayat yang diturunkan sebelum baginda berhijrah ke Madinah sama ada diturunkan di Mekah, sekitarnya atau di tempat lain selain dari Mekah. Sementara ayat-ayat Madani ialah ayat-ayat yang diturunkan selepas hijrahnya Nabi ke Madinah walaupun diturunkan di Mekah.
v
Dari ketiga-tiga pentakrifan di atas takrifan pertama dan kedua mempunyai kelemahan yang amat nyata dan sukar untuk membuat kajian mengenai al-Quran. Ini adalah kerana sebab-sebab yang berikut:
Dari ketiga-tiga pentakrifan di atas takrifan pertama dan kedua mempunyai kelemahan yang amat nyata dan sukar untuk membuat kajian mengenai al-Quran. Ini adalah kerana sebab-sebab yang berikut:
1) Sukar untuk menentukan ayat yang tidak diturunkan di kedua-dua tempat tersebut misalnya ayat yang diturunkan di Baitul Maqdis seperti ayat yang bermaksud:
Tanyakanlah kepada orang (Rasul) yang telah kami utuskan sebelum Engkau di antara Rasul-Rasul Kami. Adakah kami adakan beberapa Tuhan Yang mereka sembah selain dari ar-Rahman. (Surah az-Zukhruf: 45)
2) Sulit untuk menentukan ayat-ayat yang tidak mempunyai kitab atau kata tuju dalam ayat yang telah dinyatakan di atas. Contohnya ayat yang ditujukan khas kepada Nabi Muhammad s.a.w sendiri, kepada orang munafik, orang-orang kafir dan juga ayat-ayat yang hanya mengandungi kisah-kisah para Nabi dan Rasul terdahulu. Ini terdapat dalam ayat yang bermaksud:
Wahai Nabi, mengapakah engkau haramkan sesuatu yang telah dihalalkan Oleh Allah kepada kamu kerana mahu memenuhi kehendak isteri-isteri Kamu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah at-Tahrim: 1)
3) Begitu juga firman Allah dalam ayat yang berikut adalah dimasukkan ke dalam ayat-ayat yang turun di Madinah kerana turun selapas hijrah walaupun tempat turunnya di Mekah iaitu sewaktu pembukaan Mekah, maksudnya:
Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kamu supaya menunaikan Amanah kepada yang empunya dan apabila kamu menghukum di antara Manusia hendaklah kamu menghukumnya dengan adil. Sesungguhnya Allah Adalah sebaik-baik Pemberi Ingat/nasihat kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan lagi Amat Maha Melihat. (Surah an-Nisa’: 58)
SURAH-SURAH YANG DISEBUT SEBAGAI MAKKI DAN MADANI
Surah-surah Makki
***Terdapat 82 surah***
1) al-A’raf 2)al-A’la 3)al-A’diyat 4)al-Ahqaf 5)al-A’laq 6)al-An’am 7)al-Anbiya’ 8)an-Nisa’ 9)al-Ankabut 10)al-‘Asyr 11)al-Balad 12)al-Buruj 13)ad-Dhuha 14)ad-Dukhan 15)al-Fajr 16)al-Fathir 17)al-Fill 18)al-Furqan 19)al-Ghasyiyah 20)al-Hajj 21)as-Sajdah 22)al-Haqqah 23)al-Hijr 24)Hud 25)al-Humazah 26)Ibrahim 27)al-Infitar 28)al-Insyirah 29)al-Insyiqaq 30)al-Isyraq 31)al-Jathiyah 32)al-Jin 33)al-Kafirun 34)al-Kahfi 35)al-Kauthar 36)al-Lahab 37)al-Laili 38)Luqman 39)al-Maarij 40)al-Ma’un 41)Maryam 42)al-Muddathir 43)al-Mukmin 44)al-Mukminun 45)al-Mulk 46)al-Mursalat 47)al-Muthaffifin 48)al-Muzammil 49)an-Naba’ 50)an-Najm 51)an-Nahl 52)an-Naml 53)an-Naziat 54)Nuh 55)Qaff 56)al-Qalam 57)al-Qamar 58)al-Qariah 59)al-Qasas 60)al-Qiyamah 61)Quraisy 62)ar-Rumm 63)as-Saba’ 64)Shad 65)as-Soffat 66)a-Syam 67)as-Syua’rak 68)as-Syura 69)at-Takathur 70)at-Takwir 71)Taha 72)at-Thariq 73)at-Thur 74)at-Tin 75)al-Waqiah 76)Yassin 77)Yunus 78)az-Zariyat 79)az-Zukhruf 80)az-Zumar 81)al-Insan 82) Fussilat.
Surah-surah Madani
***Terdapat 20 surah***
1)al-Baqarah 2)Ali Imran 3)an-Nisa’ 4)al-Maidah 5)al-Anfal 6)at-Taubah 7)an-Nur 8)al-Ahzab 9)Muhammad 10)al-Fathu 11)al-Hujurat 12)al-Hadid 13)al-Mujadalah 14)al-Hasyr 15)al-Mumtahanah 16)al-Jumu’ah 17)al-Munafiqun 18)at-Thalaq 19)at-Tahrim 20)an-Nashr.
ü Terdapat 12 surah yang ulama tidak sependapat untuk memasukkannya sebagai surah Makki dan Madani iaitu surah:
1)al-Fatihah 2)ar-Ra’du 3)ar-Rahman 4)as-Soff 5)at-Thaghabun 6)al-Muthaffifin 7)al-Qadr 8)al-Baiyinah 9)al-Zilzalah 10)al-Ikhlas 11)al-Falaq 12)an-Nass.
ü Terdapat juga surah-surah yang mempunyai pengecualian iaitu ia dimasukkan ke dalam surah Madaniyah tetapi terdapat di dalamnya ayat-ayat Madani. Contohnya dalam surah al-Anfal sebagai surah Madani tetapi terdapat ayat yang diturunkan di Mekah iaitu ayat yang ke-30 begitu juga ayat yang ke-64. ayat 30 diturunkan kepada Nabi menerangkan tujuan orang Musyrikin yang hendak membunuh Nabi dan Nabi diperintahkan berhijrah ke Madinah. Sementara ayat yang ke-64 diturunkan kepada Nabi selepas Saidina Umar al-Khattab memeluk agama Islam.
ü Begitu juga sebaliknya dalam surah Makkiyah terdapat ayat-ayat Madani seperti surah al-An’am yang dimasukkan ke dalam surah-surah Makki kecuali ayat 101-153 diturunkan di Madinah. Begitu juga surah al-Hajj adalah surah Makki tetapi ayat 19 diturunkan di Madinah.
AYAT-AYAT YANG DIHUKUM MAKKI DAN MADANI
Selain dari itu terdapat juga ayat-ayat yang diturunkan di Mekah tetapi dihukumkan Madani dan diturunkan di Madinah tetaPi dihukumkan Makki. Ayat-ayat itu dihukumkan demikian kerana melihat dan meneliti
kandungan dan tajuk yang dibawa oleh ayat-ayat tersebut, misalnya:
a) Ayat turun di Mekah dihukumkan Madani
- Iaitu ayat 13 dalam surah Al-Hujurat yang diturunkan di Mekah semasa pembukaan Mekah iaitu selepas hijrah maka ia dihukumkan Madani. Khitab yang dibawa adalah umum yang menyebabkan ia tidak boleh dikatakan sebagai Makki atau Madani. Oleh itu ia dimasukkan ke dalam ayat Makki tetapi dihukumkan sebagai hukum Madani.
b) Ayat turunkan di Madinah dihukumkan Makki
- Iaitu ayat-ayat di dalam surah al-Mumtahanah yang diturunkan di Madinah. Khitab yang dibawa adalah untuk orang Musyrikin. Begitu juga ayat-ayat pada permulaan surah al-Baqarah. Oleh itu, ayat-ayat tersebut dikatakan sebagai ayat Madani tetapi hukumnya Makki.
CARA-CARA UNTUK MENGENALI AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI
Ulama’ telah sependapat bahawa pada hari ini sekiranya kita ingin mengetahui ayat Makki dan Madani hanya dengan dua cara sahaja iaitu:
1) Cara mendengar dari dalil-dalil Naqli.
Iaitu mendengar dalil-dalil Naqli yang disandarkan kepada riwayat yang sahih dari para Sahabat yang hidup semasa wahyu itu diturunkan atau riwayat yang sahih para tabiin yang bertemu dengan sahabat yang menyaksikan turunnya wahyu.
2) Cara kias ijtihad.
Iaitu dengan cara melihat, meneliti dan membuat kajian terhadap ayat-ayat al-Quran berdasarkan perbahasan di atas. Sekiranya ia mempumyai khitab yang lebih membicarakan orang Musyrikin maka kita mengenalinya sebagai ayat Makki dan sekiranya ayat tersebut membicarakan tentang kes atau tindakan maka kita akan memasukkan ke dalam ayat Madani. Begitulah seterusnya dalam hal-hal yang tertentu yang kita telah bincangkan di atas.
CIRI-CIRI PENGENALAN AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI
A-Ciri-ciri Ayat Makki
1) Setiap surah yang di dalamnya mengandungi ayat sajadah.
2) Setiap ayat yang mempunyai kalimah (كلا)
3) Setiap ayat yang mengandungi perkataan (ياايهاالناس) dan tidak mengandungi perkataan (ياايهاالذينءامنوا)
4) Setiap ayat yang mengandungi kisah para Nabi dan Rasul yang terdahulu melainkan surah al-Baqarah.
5) Ayat-ayat yang mengandungi kisah Nabi Adam dan Hawa kecuali di dalam surah al-Baqarah.
6) Setiap ayat dan surah yang dimulai dengan huruf-huruf hijaiyah seperti (حم) dan (الم) di pangkal surah kecuali surah al-Baqarah dan Ali Imran.
Keenam-enam ciri di atas mmerupakan suatu kaedah yang agak tepat dalam penentuan tersebut. Walaupun begitu tanda-tanda berikut merupakan tanda yang dapat mentarjihkan lagi iaitu:
1) Ayat dan surahnya berbentuk pendek, ringkas dan mempunyai kata-kata yang bertenaga, berapi serta sebutan yang sama.
2) Ayat dan surahnya mengandungi seruan beriman kepada Allah dan galas an hari Akhirat (syurga dan neraka).
3) Ayat dan surahnya mengandungi seruan agar manusia memperbaiki akhlak dan berakhlak dengan akhlak yang mulia serta memperbanyakkan amalan kebajikan.
4) Ayat dan surahnya mengandungi celaan terhadap perbuatan kaum Musyrikin dan pemimpin-pemimpin mereka.
5) Ayat dan surahnya mengandungi sumpah-sumpah selaras dengan tabiat orang Arab yang suka bersumpah.
B- Ciri-ciri Surah Madani
1) Setiap surahnya mengandungi keizinan dari Allah untuk berjihad dan meherangkan hukum-hukum mengenainya.
2) Setiap ayat dan surah yang membicarakan tentang kaum Munafiqun kecuali surah al-Ankabut.
3) Setiap ayat dan surah membicarakan tentang hukum-hukum faraid, soal-soal hak, undang-undang awam, sosial dan kenegaraan.
4) Setiap ayat dan surah yang mengandungi perdebatan dengan ahli kitab dan seruan terhadap mereka supaya tidak keterlaluan dalam agama. Kesemua ciri di atas adalah sebagai ciri-ciri umum yang membezakannya dengan ayat-ayat Makki.
Ciri tersebut ditambahi lagi dengan perkara-perkara berikut yang lebih mengukuhkannya iaitu:
1) Kebanyakan ayat dan surahnya panjang-panjang dan meleret-leret dengan perbicaraan yang tenang.
2) Setiap hujah dan dalil mengenai hakikat Islam dan Iman dibicarakan secara lebih terperinci.
FAEDAH DAN KEPENTINGAN MENGETAHUI AYAT-AYAT MAKKI DAN MADANI
1) Pengetahuan mengenainya memudahkan seseorang itu membuat tafsiran ke atas satu-satu ayat secara tepat dan pasti. Sekiranya tidak maka kemungkinan besar ia akan membuat suatu tafsiran yang tidak tepat atau mungkin salah dan tidak memenuhi kehendak Allah s.w.t.
2) Dengan pengetahuan tersebut membolehkan kita mengenali dan memahami secara pasti sejarah perundangan Islam dari awal hingga akhir. Ini akan menambah keyakinan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
3) Pengetahuan mengenainya akan membolehkan kita menentukan ayat-ayat Nasikh dan Mansukh. Ini membantu kita dalam menentukan seuatu hukum.
4) Kepastian mengetahui bab ini akan menambah keyakinan kepada al-Quran dan agama Islam itu sendiri kerana ketelitian umatnya demi kesejahteraan umat seluruhnya.
5) Untuk mengetahui dan menghargai betapa gigih dan tekunnya ulama’ Islam dalam mengkaji al-Quran serta ilmu-ilmunya untuk kepentingan umat Islam.
6) Sebagai satu cara yang dilakukan oleh Allah s.w.t melalui ulama’ dan mujahid untuk mengekalkan kesucian dan keaslian al-Quran daripada ditokok dan diubah.
7) Sebagai salah satu syarat utama kepada ahli tafsir dan mujtahid untuk mentafsir al-Quran dan mengithbatkan hukum daripadanya.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses