AYAT-AYAT AL-QURAN YANG AWAL DITURUNKAN DAN YANG TERAKHIR DITURUNKAN


 NAMA : AFIRA BINTI HUSAIN
NO. MATRIK : 3820

AYAT-AYAT AL-QURAN YANG AWAL DITURUNKAN DAN YANG TERAKHIR DITURUNKAN

Bahagian ini membahaskan tentang ayat pertama yang diturunkan serta ayat yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah s.a.w serta pendapat ulama dan hujah mereka. Untuk itu, bahagian ini dibahagikan kepada dua bahagian:
  1. Ayat Pertama Diturunkan
  2. Ayat Terakhirkan Diturunkan
Ayat Pertama Diturunkan
Ulama berselisih pendapat tentang ayat pertama atau ayat yang mula-mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. manna’ al-Qattan di dalam kitabnya (مباحث فى علوم القرآن), telah menyatakan terdapat empat pendapat ulama tentang ayat pertama yang diturunkan. Pendapat ulama adalah sebagaimana:

  •  Pendapat pertama: ayat yang mula-mula diturunkan ialah ayat 1 hingga 5 surah al-Alaq. Ayat tersebut ialah sebagaimana firman Allah :

Terjemahan: 1. bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), 2. ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; 3. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, 4. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, 5. ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.
Pendapat pertama ini dengan berdasarkan hadis:
i.                     Berpandukan hadis daripada Aisyah yang telah diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim:
Terjemahannya: permulaan wahyu yang diterima oleh Rasulullah s.a.w ialah mimpi yang benar dalam tidur. Setiap kali bermimpi Baginda melihat ada yang datang bagaikan cahaya yang terang di pagi hari. Kemudian baginda gemar mengasingkan diri. Ia pergi ke Gua Hira’ bertahannuth beberapa malam, dengan membawa bekalan. Kemudian ia kembali ke rumah Khadijah dan Khadijah pun membekalkan makanan seperti biasa. Sehingga akhirnya datanglah kebenaran kepadanya ketika ia berada di Gua Hira’ itu. Jibril dating kepadanya dan berkata: Bacalah, Rasulullah menjawab kepadanya: Aku tidak pandai membaca. “ lalu Jibtil merangkul dan memelukku sehingga aku merasa kepayahan, kemudian dia melepaskan aku, lalu katanya: bacalah, aku menjawab: Aku tidak pandai membaca. Lalu dia merangkul dan memelukku untuk kali keduanya, sehingga aku merasa kepayahan, kemudian ia melepaskan aku, lalu katanya: bacalah, aku menjawab: Aku tidak pandai membaca. Lalu dia merangkul dan memelukku untuk kali ketiganya sehingga aku merasa kepayahan. kemudian ia melepaskan aku, lalu katanya: Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama TuhanMu yang menciptakan (sekelian makhluk)….apa yang diketahuinya.
ii: Hadis yang diriwayat oleh al-Baihaqi al-Hakim dalam kitabnya al-Mustadrak hadis daripada Aisyah katanya yang bermaksud: permulaan ayat yang diturunkan ialah surah al-‘Alaq ayat 1 hingga 5
Pendapat pertama ini merupakan pendapat yang rajih. Pendapat ini juga disokong
Oleh al-Zarkasyi sebagaimana yang dinyatakan dalam kitabnya al-Burhan Fi Ulum al-Quran, dimana hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah di atas jelas memberi penegasan tentang penurunan yang pertama secara mutlak.

  •  Pendapat Kedua: pendapat kedua pula mengatakan yang pertama diturunkan diturunkan ialah permulaan surah al- muddaththir. Iaitu(يآءيها المدثر) Wahai orang yang berselimut. Pendapat ini berdasarkan hadis sebagaimana berikut:

i. Hadis daripada Abu Salamah Ibn Abd Al-Rahman yang
meriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, di mana Abu Salamah berkata yang bermaksud : saya pernah bertanya kepada jabir bin Abdullah, manakah ayat al-Quran yang sebelumnya? Beliau menjawab : (يآءيها المدثر) wahai orang yang berselimut.saya bertanya lagi: ataukah
bacalah dengan nama Tuhanmu ? Beliau menjawab : Saya memberitahu kamu apa yang telah Rasulullah beritahu kepada kami. Sebagaimana sabda baginda:
Terjemahan: "sesungguhnya aku mengasingkan diri di Gua Hira'. Setelah menyelesaikan masa pengasinganku itu, aku turun dan menyusuri ke lembah. Aku memandang ke hadapan, ke belakang, ke kanan dan kiri.kemudian aku memandang kea rah langit, tiba-tiba aku melihat Jibril sehingga merasa gementar dan amat menakutkan aku. Lalu aku pulang menemui Khadijah dan aku menyuruh mereka supaya menyelimutku, lalu aku diselimuti. Maka Allah menurunkan ayat(يآءيها المدثر) Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada manusia
ii.                   Hadis lain yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Jabir yang mana sanadnya daripada Yahya, yang berkata, " Permulaan surahal-Quran yang diturunkan ialah surah al-Muddathir".
Bekaitan dengan kedua-dua hadis tersebut di atas yang dijadikan hujah oleh pendapat kedua, bahawa yang pertama diturunkan ialah (يآءيها المدثر)  wahai orang yang berselimut. Ulama pendapat pertama telah menyangkalnya dengan membawa hujah dan alasan mereka:
Pertama : Mengenai hadis daripada Abu Salamah daripada Jabir tersebut di atas, dapat di jelaskan di sini yang mana pertanyaan Abu Salamah yang di jawab oleh Jabir tersebut menjelaskan tentang penurunan surah pertama secara sepenuhnya. Untuk itu, Jabir menjelaskannya bahawa surah al-Muddathir yang telah diturunkan secara penuh. Pendapat ini dijelaskan oleh Zarkasyi dalam kitabnya al-BurhanFi Ulum al-Quran, di mana hadis daripada Jabir tersebut menegaskan tentang mula-mula penurunan wahyu selepas terputusnya wahyu, iaitu selepas surah al-'Alaq.

  •       Pendapat Kedua : Hal itu juga diperhatikan berdasar hadis ketiga di atas yang diriwayatkan oleh Jabir yang mana beliau mengatakan nabi pernahbercakap tentang putusnya wahyu. Hal ini menunjukkan bahawa sebelumnya telah ada wahyu lain yang diturunkan, maka tentulah surah al-'Alaq yang pertama diturunkan. Hadis itu juga jelas menunujukkan peristiwa tersebut berlaku selepas peristiwa di Gua Hira'. Ia menunjukkan bahawa surah al-Muddathir merupakan surah pertama yang diturunkan secara lengkap dan yang pertama diturunkan selepas terputusnya wahyu atau selepas surah al-'Alaq atau Iqra'.

  •  Pendapat ketiga : Pendapat ketiga mengatakan yang pertama diturunkan ialah surah al-Fatihah.

Berkaitan dengan pendapat ketiga ini juga, ulama pendapat pertama membuat ulasan di mana ia di maksudkan juga, dan bukan yang pertama diturunkan secara mutlak. Antara lain juga, hadis yang dijadikan hujah oleh pendapat ketiga tersebut adalah hadis mursal.

  •  Pendapat keempat: Pendapat ini mengatakan ayat yang pertama diturunkan

Ialah بسم الله الر حمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Pendapat ini berdasarkan hadis.
i Hadis dari al-Wahidi yang mana sanadnya dari Ikrimah dan al-Hasan, di mana kedua-duanya telah berkata yang bermaksud : " permulaan daripada ayat al-Quran yang diturunkan ialah بسم الله الرحمن الحيم Dengan nama Allah, dan permulaan surah yang diturunkan ialah اقرأ بسم ربك الذى خلق   
Bacalah dengan nama Tuhanmu.
ii Berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Jarir sanadnya daripada al-Dahhak daripada Ibn Abbas yang beliau berkata dengan maksudnya: permulaan yang diturunkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad ialah Jibril berkata : Hai Muhammad, berlindunglah kepada Allah dan katakanlah: بسم الله الرحمن الرحيم Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
Imam al-Sayuti berpendapat di mana hujah dan pendapat keempat itu tidak
boleh dijadikan hujah kukuh untuk menunjukkan ayat dan surah pertama yang diturunkan, kerana بسم الله  Dengan nama Allah sememangnya sudah secara mutlak, bukan ia menunjukkan surah atau ayat pertama diturunkan dalam konteks ini. Antara lain juga, ulama mengatakan hadis tersebut yang dijadikan hujah adalah hadis mursal.
ULASAN PENDAPAT ULAMA
Berdasarkan pendapat yang berbeza tersebut, ulama membuat rumusan dan untuk mengimbangi semua pendapat tersebut, tentang yang dipersilihkan pertama diturunkan sebagai berikut:
1) Surah al-'Alaq merupakan surah yang pertama diturunkan dan ia berikutan dengan skop berikut:
a. Beberapa ayat permulaannya adalah yang pertama diturunkan.
b. Ia merupakan penurunan pertama berkaitan kenabian.
c. Ia diturunkan tanpa seseatu sebab yang mendahuluinya.
2) Surah al-Mudathir dikatakan surah pertama diturunkan yang berkaitan dengan skop berikut:
a. Surah al-Mudathir surah pertama diturunkan setelah putus wahyu atau fatrah al-wahyu.
b. Ia merupakan surah pertama berkaitan kerasulan dan suruhan menyebarkan atau menyampaikan dakwah.
c. Penurunannya kerana sesuatu sebab yang mendahuluinya.
3) Surah al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dalam bentuk yang lengkap.
4) بسم الله Dengan nama Allah merupakan ayat pertama dan yang pertama perlu diturunkan sebelum sesuatu surah diturunkan.
Ayat Terakhir Diturunkan
Tentang ayat terakhir yang diturunkan ada berbagai pendapat ulama tentangnya. Menurut pendapat Imam al-Sayuti ada enam pendapat ada enam pendapat ulama tentang ayat terakhir diturunkan, pendapat ulama tersebut sebagaimana berikut:
a) Pendapat Pertama : ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah: 
Terjemahan : Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
Surah Baqarah:281
Pendapat pertama ini dengan berdasarkan hujah, iaitu:
i. Hadis daripada Ikrimah daripada Ibn Abbas yang telah diriwayatkan oleh al-Nasai' katakanya yang bermaksud : ayat yang terakhir diturunkan ialah ayat 281 Surah al-Baqarah.
ii. Hadis daripada Sa'id Ibn Jubair yang diriwayatkan oleh Ibn Abu Hatim katanya yang dimaksudkan : ayat al-Quran yang terakhir diturunkan ialah ayat 281 Surah al-Baqarah.
Inilah pendapat yang paling rajih yang dipilih oleh ulama yang diketuai oleh Imam al-Sayuti sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas yang ditakhrijkan oleh al-Nasai'. Iaitu selepas penurunan ayat tersebut, nabi hanya sempat hidup selama 9 malam sahaja dan wafat pada malam Isnin 3 Rabiul Awal 10 Hijrah.
b) Pendapat kedua: Pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah
Terjemahan: Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.
Pendapat kedua ini adalah pendapat yang tidak tepat. Kerana ia diturunkan semasa nabi melakukan Haji Wida'. Iaitu baginda berada di Arafah. peristiwa tersebut berlaku pada 29 Zulhijjah tahun 10 Hijrah bersamaan bulan mac 632M. kerana nabi hidup selama 81 hari selepas penurunan wahyu tersebut. Manakala 9 malam sebelum kewafatan Baginda telah turun surah al-Baqarah ayat 281.
c) Pendapat Ketiga: pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah firman Allah:
Terjemahan: 278. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.
(Surah al-Baqarah:278)
Pendapat ketiga ini dikatakan ayat terakhir dengan berdasarkan hujah, iaitu:
i. Sebagaimana hadis daripada Ibn Abbas yang diriwayatkan oleh al-
Bukhari, di mana Ibn Abbas berkata yang bermaksud : ayat terakhir diturunkan ialah ayat riba. Ayat yang dimaksudkan itu ialah firman Allah:

Terjemahan: 278. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.
(Surah al-Baqarah:278)
d) Pendapat Keempat: Pendapat keempat mengatakan ayat yang terakhir diturunkan ialah Surah al-Baqarah ayat 282, sebagaimana firman Allah:

Terjemahan :282. Wahai orang-orang Yang beriman! apabila kamu menjalankan sesuatu urusan Dengan hutang piutang Yang diberi tempoh hingga ke suatu masa Yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu.
(Surah al-Baqarah:282)
Pendapat keempat ini dengan berdasarkan dalil dan hujah, iaitu:
i. Hadis riwayat daripada Ibn. Jarir daripada Ibn. Syihab daripada Sa'id Ibn. Musayyab katanya yang bermaksud : sesungguhnya telah sampai kepadanya berita bahawa ayat al-Quran yang terakhir diturunkan dari 'Arasy ialah ayat al-Dain (Hutang Piutang)
menurut penadapat Imam Sayuti, apabila diteliti dan dikaji berkaitan dengan
pendapat ketiga dan keempat tersebut ayat yang mereka katakan terakhir diturunkan itu sebsnarnya tidak ada percanggahan dan tiada bertentangan. Hal tersebut kerana semua ayat tersebut walaupun berlainan ayat, namun kedua-duanya diturunkan secara berturut-turut dengan tertib ayat dan ia juga tersusun di dalam satu cerita.
e) Pendapat Kelima : Pendapat ini mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah ayat 176 Surah An-Nisa', Sebagaimana Firman Allah:
Terjemahan :176. Mereka (orang-orang Islam umatmu) meminta fatwa kepadamu (Wahai Muhammad mengenai masalah Kalaalah). katakanlah: "Allah memberi fatwa kepada kamu di Dalam perkara Kalaalah itu,
(Surah An-Nisa': 176)
Pendapat ini dengan berdasarkan riwayat daripada Bukhari dan Muslim daripada al-Barra' Ibn. Azib yang berkata bermaksud : Ayat terakhir diturunkan iaitu ayat 176 Surah An-Nisa'
f) Pendapat Keenam : Penadapat ini pula mengatakan ayat terakhir diturunkan ialah ayat 128 dan 129 surah al-Taubah. Iaitu firman Allah:
Terjemahan :128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.
129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."
Pendapat ini dengan berdasarkan hujah dan dalil, iaitu:
i. Hadis riwayat oleh al-Hakim daripada Ubai Ibn. Ka'ab katanya yang bermaksud : ayat terakhir diturunkan ialah : Sesungguhnya telah dating kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri… hingga akhir. Ia merupakan ayat yang terakhir diturunkan. Ia terletak dalam Surah al-Baqarah atau al-Taubah.
ii. Hadis riwayat oleh Imam Ahmad daripada Ubai Ibn. Ka'ab katanya bermaksud : Sesungguhnya Rasulullah membacakan dua ayat ini hingga akhir adalah ayat terakhir diturunkan : terletak dalam Surah al-Baqarah atau al-Taubah.
RUMUSAN PENDAPAT ULAMA
Daripada keenam-enam pendapat tersebut ulama membuat kesimpulan dan rumusan berikut:
a) Kesemua riwayat berikut adalah bersumber dan berasal daripada sahabat dan ia adalah hadis mauquf dan tidak ada satu pun hadis yang marfu' atau sampai kepada nabi.
b) Rasulullah sendiri tidak pernah memberitahu sesiapa daripada kalangan sahabatnya tentang ayat manakah yang terakhir diturunkan.
c) Nabi melarang keras sahabat menulis al-Quran semasa hayat baginda, terutama ketika al-Quran masih diturunkan. Hal ini menyebabkan sahabat hanya menghafaz hadis-hadis yang diterima daripada nabi tanpa menulisnya. Justeru itulah, terdapat kekeliruan dalam meriwayatkan hadis tersebut, khasnya berkaitan ayat terakhir diturunkan.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
4 Responses
  1. gravatar AWe

    salam.ana keliru pada perenggan terakhir,Nabi saw melarang sahabat menulis Al-quran atau sebenarnya "HADIS"?

  2. saya sama seperti saudari ana, boleh tolong jelaskan tak

  3. saya juga, tolong jelaskan, saya masih belum mengerti maksudnya..

  4. Merujuk kepada kitab Mana' al-Qattan, larangan itu merujuk kepada Hadis, bukan al-Quran. Ini adalah kerana Nabi SAW khuatir akan bercampurnya hadis dengan al-Quran yg mana pada ketika itu penulisan al-quran dijalankan.

    Namun, ada juga segelintir sahabat Nabi SAW yang menulis hadis untuk kegunaan sendiri sahaja.

    Wallahu A'lam.